Assalamualaikum puan-puan dan tuan-tuan semua. bersama saya sekali lagi dalam rancangan AROMA CELEBRITI (celebritikah aku? suka hatilah). yer, hari ni kita akan memasak resipi terbaru cik yah laksa utara. hehe. berbakat jugak jadi chef rupanya saya nih. mungkin ada dikalangan anda yg kurang percaya atau mungkin ragu-ragu akan kebolehan saya. tapi tidak mengapa. itu normal. yang penting, jgn timbulkan sebarang spekulasi kerana saya nak sajikan anda dengan masakan saya pada hari ni. tadaaaaaa~ (gedik sikit tak pe..)
nampak sedap tak? presentation mesti mau tip top sebab nak masuk blog. hehe~ saya sangat suka ya amat akan makanan yg diberi nama laksa. ini mungkin sebab genetik. keturunan saya mmg hantu laksa. Mr boyfriend suke laksa, rumet tersayang pon suke laksa. jadi, kemahiran memasak laksa amat diperlukan dlm kehidupan seharian. sedikit info untuk anda. laksa merupakan sajian sepinggan lengkap. maksudnya, setiap sajian laksa mngandungi semua zat yg diperlukan oleh badan. protein, karbohidrat, serat dan segala vitamin. berkhasiat tau!
nah, terimalah serangkap pantun daripada saya:
kekal sihat dengan laksa,
tubuh ramping tanpa olahraga.
hehe~ jumpa lagi di lain rancangan. assalamualaikum~
No comments:
Post a Comment