Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, January 23, 2012

gong xi fa cai!


Enough with clothes, enough with sandals. Let's bring your family to a more intellectual and healthy place sometimes. Unlike my friends, I admit that I really don't like reading. I'm not a book lover. I have lots of things that I don't really know. Seriously. I only read fashion magazines or some high-rated novels. Noobness. But recently I just realized something. When I’m reading a book, my mind shifts gears. Where I might have a stressful day, a book can easily distract me. Fiction is fantastic, man ;)


After we read, we eat! Hehe~
Thank you 1Malaysia Book Voucher! There’s really no excuse to start reading on a regular basis. The benefits far outweigh the costs, and more knowledge never hurt anybody. Gong Xi Fa Cai Malaysia! ;)


Sunday, December 25, 2011

when ♥ is right here

It was a perfect timing when my family came and visited me for this marvelous weekend. As you know or you might not knowing, I am under high load of pressure lately.So-not-cool. So, when they were here, only God knows, how I felt for the rush of excitement. :) 


The eldest sister who've been ready to bring her family jalan-jalan around KL.
Stripes make her body looks normal, not as skinny as she is in reality. 


Travelling for a short distance with LRT is kinda cute but please ensure to roll on your deodorant. hehe~ Oh by the way, the idea of using tokens to replace tickets is kinda stupid, sorry to whom it may concern.

 Happy to brought them jalan-jalan and leisuring at the heart of KLCC.How much my sisters have grown up you see. Getting taller inch by inch day by day and I am still small.

Ladies in the family (without Nanie) at mom's favourite shopping spot. 

Pampering the tummies with Arabian delights at Half Moon Restaurant. Love your tummy everyday! The rice and tea is awesome and unique.Thank you Kak Da sebab belanja.. :)


So that was the weekend filled with love, laugh, small-fights-macam-selalu, and delicious food. My family already went back home just now and I am home alone as usual updating this blog. Thank you for coming Mum, Dad, and lovely sisters. ♥

Saturday, September 3, 2011

satu hari di hari raya!

Ini hari raya versi saya.

Di malam raya, ruang tamu adalah ruang yang paling cantik dan berada dalam keadaan terbersih. Mat Salleh cakap, tip-top. Esoknya tu tak bersih sangat dah, sebab cebisan-cebisan biskut dan butiran-butiran badam sudah bertaburan di permaidani nan merah itu. Setuju? Adakah anda juga begitu?

Di pagi raya, abah comel sudah segak bergaya. Diperhatikan, darjah ketinggian perut sudah bertambah sedikit jika dibandingkan dengan bulan puasa. Nampak tak?

Di pagi raya, adik bongsu pasti akan menggayakan pose oh-akulah-adik-bongsu-yang-comel sambil menguyah biskut cornflakes madu buatan sendiri.

 Di pagi raya juga, adik yang tak berapa bongsu sibuk berdampingan dengan alat telekomunikasi. Biasalah, orang-orang muda memang macam tu. "Weh, baju raya hang kaler apa, aku punya tak dak kaler"



Di tengahari raya, semasa di dalam kereta, adik yang pertama dan paling bahagia saiznya, pasti akan mengambil gambar sendiri. Spesies ini pandai menggayakan tudung jenis lilit-lilit. 



Itulah sahaja coretan hari raya saya. Sayangilah keluarga anda, terutamanya keluara asas anda. Sebelum kita berdebat kencang untuk membetulkan dunia, betulkan dulu keluarga asas kita. Apa guna tuding jari merata-rata, kalau anak, isteri, menantu, suami sendiri pon caca merba. Kan?


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. =)


p/s:sorry gambar mak tak dak, mak-mak ni payah sikit nak bergambar

Sunday, August 28, 2011

a room of improvement


This is definitely one of the best place for girls, - a room of improvement.
What do we do in this room? (other than trying out new shopping items)

1. Fixing tudung/shawl/whatever to be tuned

2. Strengthening the bonding between sisters (?)

3. Strengthening the bonding between sisters version 2

4. Strengthening the bonding between sisters version 3 (bley tahan poyo jugak adik-adik aku nih)

5. Yeah, we do get bored in this room at times

6. So, before the salesgirl knock on the door, you should better take one last bajet-comel-shot, like this. Alololololo~

7. Just wondering, would it be nice if the room of improvement is equipped with such comfy sofas? Baru best.

In conclusion, there is a lot of things to be improved in this room of improvement. 



 p/s: baik kan aku teman adik-adik shopping? memang mithali habes. rugi sape tak jadi adik aku.

Tuesday, November 9, 2010

november betrayed me

it knocks me down..
and i'm three steps backwards now..


but look at what i have?
a bunch of lovely family and friends who keep on giving me supports..
i should be grateful for that..


I'm truly touched.. 
=)






eat when u feel sad..

Saturday, September 11, 2010

raya edisi saya


misi raya tahun ni:
nak dapat duit raya yang banyak (walaupun dah macam tak muda sangat)

teknik untuk mencapai misi:
pakai baju kurung cotton. nampak macam simple, sederhana dan tak glamour. baru lah pakcik makcik nampak cam kesian je tengok budak ni.



edisi sebelum raya

rendang pak long. GAS PETRONAS. GAS MEMASAK NO 1 DI MALAYSIA.
tengok, saya promote petronas dah ni.


babique di malam raya. halal la tapi.

main mercun. polis yang suruh. jangan mara.

lelong-lelong!! kasut mana paling cute??? opps, tak payah cakap. tau dah.. :p
theme for this year:wedges~


edisi hari raya dan adik-adik

heritage is priceless
tambah-tambah mentol seketol kat atas tu. klasik sangat!

no doubt. i'm a good photographer. welll~

who said that a photographer can't give a cute pose??? tell me!

nak jugak dorang pon kan.


edisi hari raya dan kawan-kawan

nampak tak muka kepuasanku lepas makan laksa?
obvious. dengan tudung selebetnya, macam baru lepas cuci pinggan kan.
ah, tak kesah. janji dapat laksa!


tak sia-sia nor pakai bulu mata palsu. pengapit meletop u!


hasil:
alhamdulillah. misi agak tercapai. terima kasih baju kurung cotton!
terima kasih juga kepada rumah-rumah yg menyediakan laksa.
3 hari straight makan laksa. mana tak bahagia weh. =)



tok, cepatlah sehat dan kuat ok!

Tuesday, August 31, 2010

adui 3!


mencari seluar baru untuk abah comel yang cerewet....


abah comel: seluaq hitam ni besaq lah, nak yang kecik sket..

amoi cumil: itu paling kecilll, seluar yang warna lain pon dah tak ade saiz 37 maaa..

abah comel: ooo, ok.. seluar colour lain ada tak saiz 37????

-_-''


abah comel: apa cutting seluaq ni, macam besaq ja kat kaki ni.

amoi cumil: oh ini straight cut lohh.

abah comel: ooo.. syarikat. syarikat yang hantaq seluaq cmni?

amoi cumil: bukan, STRAIGHT CUT! sambil ketawa cumil.

-_-''


erm.. penyabar jugak la amoi cumil tuh..


Monday, August 23, 2010

kelahiran bayi gebu


peringatan bersama: cerita ini diolah mengikut pemahaman yang mudah




tak lebih dan tak kurang, kira-kira 15 tahun yang lalu, mak saya mengandung. perut dia besar dan lebar. bila dah cukup time, mak dikejarkan ke hospital kulim yang baru dibina, besar, cantik berseri. after dah settle down semua kat hospital, abah saya pon sempat la jugak pergi kenduri kahwin. (dan bini nak beranak boleh lagi pergi kenduri kawen? tak paham sedikit di situ. huhu~) dah kat hospital tu, doktor pon check2 la mak dan condition baby. tiba-tiba.......

erm, baby puan ni jantung dia SANGAT LEMAH. kami tak boleh nak buat. kita kena hantar puan ke hospital sungai petani.

neves gila mak saya time tu weh. tuhan saja yang tahu. mak pon calling abah yang sedang sedap makan di rumah kenduri. dan dengan perut yang kenyang beserta jiwa yang lemah, abah pon muntah kembali segala nasik kenduri yang ditelan tadi akibat mendengar berita tersebut. (obvious tak yang abah saya ni type yang makan kuat, tapi lemah semangat?)

maka mak pon dikejarkan ke hospital sungai petani. hospital yang buruk, tak cantik, kecil dan tak berseri. naik ambulance tau. ne-no ne-no ne-no. lagilah cemas mak saya dengan bunyi siren tu. suami pulak tak ade kat sisi, anak pulak jantung lemah. haiihhh~ dan sampai situ, mereka pon check kembali condition mak dan pihak hospital terkejut!!!!!!!

eh, anak puan ni ok je. normal. jantung baby pon sihat. so, tak ada problem. puan boleh bersalin normal..

ALHAMDULILLAAAHHHHH. hospital kulim silap check lah tu. cett! naseb baik tak kaya, kalau tak, saman dah. pada waktu malam, weeeeeekkkkkkkkkkkkk!!! ok, baby yang gebu bermata besar pon lahir. baby ke-3 dlm family. sumpah comel. macam DORA THE EXPLORER!


HARI INI, 23 OGOS 2010..


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-15 SITI HAJAR!!!!
semuga kekal gebu!



pengajaran: kalau isteri nak bersalin, tak perlu makan kenduri lagi yer kawan-kawan. please take note! =)

Saturday, August 21, 2010

colliding words 3




The best way to cheer yourself up is to try to cheer somebody else up.

~Mark Twain


Friday, August 13, 2010

coretan siti hajar


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
mentang-mentang bulan puasa, baru teringat nak bagi salam? hehe.

sebagai kakak yang mithali, kurus dan berwibawa, saya dengan gigihnya membuat spot check ke bilik adik-adik. nak tengoklah, sama ada depa ni tdoq ka, stady ka, dok bermessage ka kan. dan JENG JENG JENGGG. seorang tengah buat homework sambil try kasut raya dan seorang lagi tengah menilik tahap kegebuan muka di cermin. ok, tidak mengapa!

sebagai kak yang mithali, kurus dan berwibawa juga, tanpa segan silu, saya tertarik akan kertas yang ditampal di softboard mereka. dan saya tahu, itu pasti kepunyaan siti hajar, si penilik muka di cermin itu. kertas tu saya rasa mungkin hasil ceramah motivasi pmr kat skolah dia kot. sangat menarik. saya susah payah scan tanpa belas kasihan, khas untuk tatapan anda semua tau. bagus tak saya?? hehe. silakan enjoy the pictures~


ciri calon suami pon ada? eh, sama taste la kita. hihi~


ni mungkin senarai jasa-jasa ibu kot.
amaran kepada anda, siti hajar memang tidak berseni langsung. harap maklum.
esok: konfem, kena buat kelas intensif bahasa untuk dia. harus!!!



hehe. good luck for your pmr, my dearest siti hajar~
(jikalau anda mengenali suspek, jangan bagitau dia saya scan dan post benda ni ok. kerjasama anda amatlah dihargai)
sekian.


Thursday, July 29, 2010

adui 2!


aku ikan duyung, menagih cintamu..
akan ku bawamu ke alamku..

una : sexy lah suma orang dlm cerita ni.
abah : tak sexy lah. depa semua pakai SARUNG BAJU.
saya : ?????
mak : ...... tu orang panggil inner la! hahaha~


alahai abah. hahahahaha~


ikan duyung memakai SARUNG BAJU.
terpaksa jugak letak muka minah ni. dah tak jumpa gamba lain. maap yer.


Friday, July 23, 2010

sekali dipandang, telur pindang


Setelah selesai tidur enak di siang hari seperti biasa, saya dengan mata yang masih kelabu dan otak yang belum dapat mentafsirkan maklumat dengan berkesan (orang muda kata 'blur') terus meluru ke dapur. tempat faveret la tu. tiba-tiba nampak 5 biji telur yang luar biasa. eh, TELUR PINDANG!. dengan muka bangga bercampur sedikit riak, (sebab saya kenal itu telur pindang) saya pun terus bertanya kepada family.


Miss Omay: Mana dapat teluq pindang ni?

Mak: Tadi Kak Ilah bagi, ada orang Johor bagi kat dia. Yah tau teluq pindang??

Abah: Wahhh, macam mana hang tau tu orang panggil teluq pindang???


Hoihoi. memang bertambah la kekembangan saya. da bajet da parent saya mesti kagum dengan pengetahuan am saya ni. jadi dengan selamba saya menjawab..


Miss Omay: Dah pernah makan kat UTP dulu. member bagi.


itulah alkisahnya. bukan nak menekankan sikap riak yakni sifat mazmumah diriku ini. cuma, rasa untung sangat-sangat sebab housemates kat UTP dulu boleh dikatakan 1 Malaysia. memang semua melayu, tapi lain-lain negeri. maka dengan itu, lainlah sedikit budaya dan adat ni yang boleh kami share sebagai pengetahuan am. hehe. terima kasih Nuzul Hazwani kerana memperkenalkan saya dengan telur pindang pada suatu ketika dahulu. sebagai orang utara, ceq memang tak pernah tengok dan tak pernah tau pon pasai teluq pindang ni abaq hang. naseb baik hang bagi nooo.



Telur pindang yang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutamanya di negeri Johor. Ia merupakan telur yang direbus dalam air herba selama beberapa hari. (curi ayat Wikipedia)


p/s: eh eh eh, macam tiada perubahan pon kat background aku. hihi~

Tuesday, July 20, 2010

learning with ASTRO






ATTENTION ATTENTION!!!!

do you know that ASTRO has a new channel for children? ASTRO TUTOR TV aims to help kids prepare for the big exams! available on Astro channel 100 from July 18th – Sept 23rd. the channel focuses on revision for important UPSR subjects like English, Bahasa Melayu, Mathematics and Science.


SERIOUSLY INTERESTING!!!!

especially if your children or your younger siblings or your niece/nephews are very lazy to open their books. yes. i know, kids nowadays are not like us back then.(80's babies are super hardworking i guess) these younger generations tend to love something more interactive, engaging and fun!So,
  1. Turn on Channel 100
  2. If you want to perform the quiz, push the RED button

SIMPLE!!!!




udah jadi duta ASTRO pulak aku nih. tapi tidak mengapa. majulah pendidikan untuk negara~ gambar di atas sekadar hiasan. nak promote mesti ada gambar perempuan cantik. tak gitu? hehe~

Sunday, July 11, 2010

kahwin dan kanak-kanak



Tadi ada wedding my cousin kat bukit mertajam. so, dlm 2-3 hari sebelum ni saya agak busy la dengan preparations. cewah! tapi memang betul pon. ada la jugak sedikit sebanyak usaha dan tenaga yang berjaya disumbangkan. sedikit pon ok la daripada tak buat ape-ape? kan?
tapi saya malas la nak heboh-heboh kat 1 dunia segala apa yang berlaku. tak perlu kot. sebab wedding orang melayu ni sama je la adat dan aturcaranya kat mana-mana pun.

cuma nya, anda semua perasan tak? kalau ada wedding, kanak-kanak la orang yang paling bahagia. happy lebih daripada pengantin. eh tak mungkin. pengantin mesti la paling happy. =) hehe~ hiperbola pulak saya tiba-tiba. punya la nak menggambarkan betapi syoknya budak-budak kalau ada wedding-wedding ni kan.

tahu tak kenapa mereka seronok?



  • sebab boleh menunjukkan bakat seni dan kerajinan hasil pembelajaran kemahiran hidup. 'tak main lah setakat tolong isi cekelat, ni ha bakul kertas ni pon aku boleh syelek tau!', kata kanak-kanak. kalau hari-hari biasa, sah-sah mak tak kasik main dengan syelek ni semua. tak pat jep!


  • bila menjelang hari berbahagia, kanak-kanak pon boleh bergaya dan bergumbira. bilik pengantin sasaran utama makhluk-makhluk ni. 'gebunya carpet baru bilik pengantin ni', kata kanak-kanak. tengok tu, sebelum pengantin rasmi, mereka dah rasmikan dulu. memang syok. saya pon jeles, sebab tak boleh buat macam tu.


  • tak cukup dengan carpet gebu, muka pon mesti nak kasi gebu. perlu la top up bedak yang dah nipis tu. 'eh, pipi saya dah gebu', kata kanak-kanak. ya, kanak-kanak memang comel, tapi bunga kat sebelah tu lagi sweet. memang pandai lah orang yang menggubahnya. hehe. terimakasih. masuk bakul angkat sendiri. tak apa, saya ringan je, senang angkat.



  • sambil menggebukan muka di cermin dan menyikat rambut yang kerinting, rupanya member belakang pon tengah sibuk jadi make-up artist. tengok cara dia pegang kepala budak pakai tudung tu, memang mantap! macam nak main boling~ 'seronoknya, bilik pengantin ni macam bilik kami yang punya. hahaha', kata kanak-kanak.


itulah kisah kahwin dan kanak-kanak. tak ceria majlis kahwin kalau tak ada spesies-spesies ini. dan kepada pengantin, selamat pengantin baru diucapkan. kepada ahli baru keluarga kami, selamat datang kak leha! (wah, klasik tak nama? hehe~)




ini lah kak leha. saje upload sebab dia comel sangat.
(suka hati je saya panggil dia kak. entah-entah sama umur. tak sempat tanya umur la plak tadi)




penat oh penat sungguh ini hari. rasa macam nak pergi spa~