tolong aku weh. tolong. dah pukul 4.30 pagi ni, tapi sepasang mata aku yang tak berapa nak besar ni tak mahu tutup la pulak. katil single bercomforter gebu dan bercorak moden aku tu pon adik bongsu aku dah take over. so, dengan erti kata lain, aku kena tidur dengan adik aku yang sorang lagi lah nampaknye. katil dia queen, bolehlah kami sharing, but not with caring. seram pulak bila sel-sel otak aku membayangkan saat-saat aku nak kena tido dengan si hajar tu. sekali dia kasi tendangan ajaib time tido, pergh! tersasar tubuhku di lantai keras dan memutih itu. silap haribulan, gol lah aku di bawah meja study. jangan buat-buat tak percaya, aku ringan gila kot. setakat nak jadi model kurus kering macam dalam tv pon boley dah ni.
korang mesti mengharapkan tips-tips kecantikan yang bernas daripada aku kan. orang tua-tua dah pesan, don't judge a book by its cover. makna kata, jangan bayangkan isi kandungan karangan seseorang berdasarkan tajuknya. wrong! tak mungkin aku nak kasi tips kecantikan sejati, sedangkan muka aku baru sahaja ditumbuhi 2 ketul jerawat. maafkan aku, kerana berterus terang, namun bukan itu yang kupinta. ditelan pahit diluah sayang.
isk. tiba-tiba kan, time-time ni lah perasaan cemburu aku membuak-buak. tapi tak salah kan kalau cemburu bertempat. bila tak dapat tidur macam ni, aku cemburu la mendengar dengkuran-dengkuran parent aku dan adik-adik aku. dah menjadi alunan yang tak merdu dan saling bersahutan pon ada. uiii jeles yah. bila lah boleh join ni kalau situasi mata aku terus berdegil sebegini. so stubborn la you guys!
weh, apakah yang sudah aku merepek ni. naseb lah, dah terlebih waktu macam ni memang otak aku mengeluarkan sel-sel elmerefeks yang berlebihan. dah hampir jam 5 pagi, dengkuran sudah kurang berkumandang dan seakan-akan terhenti. oh, mak aku da bangun rupanya. patutlah. nak prepare sahur la tu. yes, boleh tumpang makan sepinggan.
orang muda sahur makan maggi,
kalau aku dah bangun esok, kita jumpa lagi.
tata~
No comments:
Post a Comment