Friday, July 23, 2010

sekali dipandang, telur pindang


Setelah selesai tidur enak di siang hari seperti biasa, saya dengan mata yang masih kelabu dan otak yang belum dapat mentafsirkan maklumat dengan berkesan (orang muda kata 'blur') terus meluru ke dapur. tempat faveret la tu. tiba-tiba nampak 5 biji telur yang luar biasa. eh, TELUR PINDANG!. dengan muka bangga bercampur sedikit riak, (sebab saya kenal itu telur pindang) saya pun terus bertanya kepada family.


Miss Omay: Mana dapat teluq pindang ni?

Mak: Tadi Kak Ilah bagi, ada orang Johor bagi kat dia. Yah tau teluq pindang??

Abah: Wahhh, macam mana hang tau tu orang panggil teluq pindang???


Hoihoi. memang bertambah la kekembangan saya. da bajet da parent saya mesti kagum dengan pengetahuan am saya ni. jadi dengan selamba saya menjawab..


Miss Omay: Dah pernah makan kat UTP dulu. member bagi.


itulah alkisahnya. bukan nak menekankan sikap riak yakni sifat mazmumah diriku ini. cuma, rasa untung sangat-sangat sebab housemates kat UTP dulu boleh dikatakan 1 Malaysia. memang semua melayu, tapi lain-lain negeri. maka dengan itu, lainlah sedikit budaya dan adat ni yang boleh kami share sebagai pengetahuan am. hehe. terima kasih Nuzul Hazwani kerana memperkenalkan saya dengan telur pindang pada suatu ketika dahulu. sebagai orang utara, ceq memang tak pernah tengok dan tak pernah tau pon pasai teluq pindang ni abaq hang. naseb baik hang bagi nooo.



Telur pindang yang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutamanya di negeri Johor. Ia merupakan telur yang direbus dalam air herba selama beberapa hari. (curi ayat Wikipedia)


p/s: eh eh eh, macam tiada perubahan pon kat background aku. hihi~

2 comments:

  1. haha.. best kot telur ni~
    nmpak nye nuzul dh berjaya membawa anasir teloq pindang ni sampai ke kulim...

    ReplyDelete
  2. haha.. tu la.. jakun adik2 aku tgk weh.. tapi aku prefer telur rebus biase lagi.. disbbkan aku lapa tym nuz bwk tu, bley la aku telan 2 bijik sekali.. huhu~

    ReplyDelete