Monday, August 8, 2011

OMAY and her noob ACCIDENT

Pada suatu pagi Jumaat di bulan Ramadhan yang indah, seorang wanita bekerjaya menghidupkan enjin Personanya. Damn, bosan gila cerita. Ok, cerita betul dia macam ni:

Aku on the way nak pergi office. Ada lah dalam 2-3 minit lagi nak sampai, tiba-tiba..... Ada sebuah lori dtg dari arah hadapan, yg mana jalan tu hanyalah 1 lane.. Kancil depan aku, breeekkkkk!!! Aku pon dgn cemasnya breeekkkk!!! Lepas aku brek tu ada macam bunyi pelik ala-ala geseran.. Jantung aku berdegup kencang! Darah aku dipam dengan menggunakan pressure yang sangat tinggi. Aku ingatkan aku sudah langgar kereta depan, rupanya tidak. Kereta depan ok, jadi aku assume aku langgar batu/ lubang besar kat tengah jalan tadi. Tapi aku lupa, ada sebuah kereta lagi kat blkg, bila aku tgk kereta tu, driver dia pon macam rileeeekk jee.. Maknanya tak de pape la tu.. Tapi hatiku tak sedap.. Dan setelah sampai office, aku menunjukkan skill reverse parking aku yang makin lama aku rasa makin bagus. Selepas itu, tanpa berlengah aku tengok bumper depan, ok. Aku tengok bumper belakang.. SHHHIIITTT!! (aku cakap dlm hati la)

Bumper belakang telah diperkosa. Sudah lari dari bracket. Ada pecah-pecah sedikit. Aku telah dilanggar lari.. SHIITT sekali lagi. (juga dalam hati).. Terus telefon Mr Boyfriend.. (Standard la kalau awek-awek accident ni, mesti call pakwe punyer lah.. Bajet manja la tu) Lepas call boyfriend, dok sorang-sorang dalam office nanges-nanges sikit. Tapi sikit jer la, tak leh banyakk, tempat aku lelaki semua, aku perlu tunjuk tough depan depa semua tu.. Iron lady mesti kuat (walau kurus)!

------------

note to self:

1. baca doa naik kenderaan, haritu seriously lupa
2. jangan bukak radio kuat, haritu terbukak radio kuat
3. jaga jarak antara kereta
4. even rasa terlanggar batu pon, sila turun dari kereta secepat mungkin, check la. noob!
5. alert dengan persekitaran


FRIENDS, pandu cermat jiwa selamat, langgar lari dapat balasan di akhirat. Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment