Ini hari raya versi saya.
Di malam raya, ruang tamu adalah ruang yang paling cantik dan berada dalam keadaan terbersih. Mat Salleh cakap, tip-top. Esoknya tu tak bersih sangat dah, sebab cebisan-cebisan biskut dan butiran-butiran badam sudah bertaburan di permaidani nan merah itu. Setuju? Adakah anda juga begitu?
Di pagi raya, abah comel sudah segak bergaya. Diperhatikan, darjah ketinggian perut sudah bertambah sedikit jika dibandingkan dengan bulan puasa. Nampak tak?
Di pagi raya, adik bongsu pasti akan menggayakan pose oh-akulah-adik-bongsu-yang-comel sambil menguyah biskut cornflakes madu buatan sendiri.
Di pagi raya juga, adik yang tak berapa bongsu sibuk berdampingan dengan alat telekomunikasi. Biasalah, orang-orang muda memang macam tu. "Weh, baju raya hang kaler apa, aku punya tak dak kaler"
Di tengahari raya, semasa di dalam kereta, adik yang pertama dan paling bahagia saiznya, pasti akan mengambil gambar sendiri. Spesies ini pandai menggayakan tudung jenis lilit-lilit.
Itulah sahaja coretan hari raya saya. Sayangilah keluarga anda, terutamanya keluara asas anda. Sebelum kita berdebat kencang untuk membetulkan dunia, betulkan dulu keluarga asas kita. Apa guna tuding jari merata-rata, kalau anak, isteri, menantu, suami sendiri pon caca merba. Kan?
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. =)
p/s:sorry gambar mak tak dak, mak-mak ni payah sikit nak bergambar
No comments:
Post a Comment