Showing posts with label about life. Show all posts
Showing posts with label about life. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

gold diggers

My bed time story. Don't worry Mr Boyfriend, I won't apply the techniques they taught in this sumptuously sexy book. ;)



A big yawwwwwnnn. I'm going to wear my retainer and have my beauty sleep now. Good night dearies. Psttt, I have a breakfast date with someone handsome tomorrow  )

Thursday, November 3, 2011

of songs and memories

When I hear songs, I can really rewind back to the memories that took place in my life before. I guess it happens to you as well sometimes. Ye dok mung? Kind of interesting actually, thinking of how your mind can relate to sounds. 

For example:

Stick with you, by Pussycat Dolls:
I remembered the 2nd semester of my foundation study in UTP. I was single (and naughty) at that time. Hehe. I remembered eating nasik lemak 2 bungkus with my rumate after attending the Math Tutorial every Monday afternoon. We didn't learned that much, but we got hungry much =)

Dealova, Once:
I remembered my 1st year degree study.I remembered my happy moments with beloved housemates at 5.1 apartment, sharing food and gossiping at the kitchen. I remembered the feeling of getting "in a relationship" for the very 1st time in my life. Asal free je pergi dating. Indahnya dunia ada boyfriend =)



Dan sebenarnya, Yuna
I remembered my life during internship. I remembered the engineers in PFK. I remembered the fully-utilised-weekends. I remembered wearing coverall to the karoke box. Indahnya intern =)

Just can't get enough, Black Eyed Peas
I remembered working with my previous company, around KLCC. I remembered Kak Maria. I remembered  the date-after-work-moment. I remembered dating with him in the train.  =)

See, life is beautiful as you remember it. Guide your memory with sounds and music. =)


Thursday, October 6, 2011

judge


You know what people, I just hate being judged. =(

  
What I don't hate is, driving my car back home from work every single day. =)



Life is hard.


Saturday, September 17, 2011

met a bad guy

I knew a guy.
a batch mate of mine at UTP.
he was obviously not my type (except for his sharp nose). 
i don't hate him, but i just don't like him.
his flaws and imperfections were always caught into my eyes.
and i don't know why.


one day, i saw him smoking while walking throughout the cafeteria.
and that had just added to his negativity factor and with a very serious tone, I give a sincere advice to my roommate.


me: nor, lelaki macam tu, ko jangan buat boyfriend!
nor: ok2..


and you know what happen to that guy?
he's my boyfriend.
we've been together for 5 years and 3 months.



life is full of surprises, huh? =)



Monday, September 5, 2011

oh may, oh man!

I am Omay. Physically, I'm not tough. I don't play sport, so I guess I'm not that fit. I'm thin. Very thin. I'm not fierce. I'm not loud. I don't have male siblings. I studied at Convent for 6 years.  All in all, I think I can classify myself as 'LEMBIK'. Hehe~

So, can you imagine this LEMBIK girl working in a remote area, at a gas terminal that is congested with guys, horrible roads and  trailers? Yes, there are 79 guys working there and she's the only lady. Sounds scary? Nope, I think that's hot! =) But you know what, working with guys isn't that hard actually:

1. You will feel very special as you are the only rose among the thorns.
2. They will definitely treat you well.
3. Working with guys is way more relaxing than working with ladies. Seriously!
4. Surely less dramas at the workplace.
5. They will respect you more. The best!

It's just that, one thing about guys that you can't avoid is.. their dirty jokes. Have to bear with it. Oh, man.....

Back to the topic, besides the facts of working with all-men, what I'm trying to potray here is that, you will never know your strength until you are tested by Him. Belum cuba belum tahu. Just be positive as much as you can and enjoy the flow. That's what I learnt most about life. So always be strong ladies!


lapar. si kurus mahu supper!

Saturday, September 3, 2011

satu hari di hari raya!

Ini hari raya versi saya.

Di malam raya, ruang tamu adalah ruang yang paling cantik dan berada dalam keadaan terbersih. Mat Salleh cakap, tip-top. Esoknya tu tak bersih sangat dah, sebab cebisan-cebisan biskut dan butiran-butiran badam sudah bertaburan di permaidani nan merah itu. Setuju? Adakah anda juga begitu?

Di pagi raya, abah comel sudah segak bergaya. Diperhatikan, darjah ketinggian perut sudah bertambah sedikit jika dibandingkan dengan bulan puasa. Nampak tak?

Di pagi raya, adik bongsu pasti akan menggayakan pose oh-akulah-adik-bongsu-yang-comel sambil menguyah biskut cornflakes madu buatan sendiri.

 Di pagi raya juga, adik yang tak berapa bongsu sibuk berdampingan dengan alat telekomunikasi. Biasalah, orang-orang muda memang macam tu. "Weh, baju raya hang kaler apa, aku punya tak dak kaler"



Di tengahari raya, semasa di dalam kereta, adik yang pertama dan paling bahagia saiznya, pasti akan mengambil gambar sendiri. Spesies ini pandai menggayakan tudung jenis lilit-lilit. 



Itulah sahaja coretan hari raya saya. Sayangilah keluarga anda, terutamanya keluara asas anda. Sebelum kita berdebat kencang untuk membetulkan dunia, betulkan dulu keluarga asas kita. Apa guna tuding jari merata-rata, kalau anak, isteri, menantu, suami sendiri pon caca merba. Kan?


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. =)


p/s:sorry gambar mak tak dak, mak-mak ni payah sikit nak bergambar

Saturday, July 23, 2011

ego

Can I have a little bit of ego in me?

=(

Sunday, July 3, 2011

wasn't a mistake

For any decision that we made, 
for any path that we took, 
for any chance that we grabbed.

as long as it is legal, and always hold the blessings of our families and friends,
it will remain right and definitely wasn't a mistake.

i move forward without regret, took a step back, and I'm glad for what i have now. 
I don't look at what I have achieved, I look at what I have been through to stand at this point.
And you know what, I think I am stronger than yesterday. Totally.

=)


Thursday, February 10, 2011

climbing up

       
"One that would have the fruit must climb the tree." -Thomas Fuller

And if you are tired of climbing, just have a seat and enjoy the view for a while (as what I did, hehe~) But remember, don't simply jump to the earth. You might fall and get hurt.     
-Miss Omay, 2011

=)


Thursday, January 13, 2011

tak pernah bersyukur

Manusia memang tak pernah bersyukur.

  • yang gemuk nak jadi kurus
  • yang kurus gatai pulak teringin nak jadi gemuk (tau dah sape)
  • yang tak berapa cerah nak jadi putih
  • yang dah ada bini, tapi nak pasang lagi
  • yang belum ada awek, tapi dah niat nak pasang 4 nanti (?)
  • yang dah ada kerja best, tapi still tak puas hati
  • yang dah ada gaji 10 k, tapi still rasa tak cukup (sebab skandal banyak)
  • yang dah ada rumah 2 tingkat, tapi teringin rumah 2 juta
  • yang dah ada mulut cantik, tapi cocok sampai bengkak-konon-cantik

Cukup la tu, 10. Malas dah aku nak senarai banyak-banyak.
Konsepnya, manusia memang tak reti nak bersyukur.
Ade je angan-angan mat jenin dalam otak.
Ade je benda yang nak dibeli.
Ade je benda yang nak diubah.
Ade je benda yang nak ditambah.


Bersyukurlah kawan-kawan dengan nikmat yang kita ada. Biarlah tak secantik Erra Fazira, biarlah tak sehebat Chong Wei main badminton, janji sihat walafiat boleh tidur sampai tengahari dengan aman dan damai. ALHAMDULILLAH~

(ni apsal font aku kejap kecik kejap besau. ah bersyukur je lah dengan font yang ada. malas layan.)

Saturday, October 9, 2010

kadang-kadang


Kisah Rawak dari kampung hulu mana ntah. Makcik-makcik ni baru keluar masjid nak balik rumah. Masih bertelekung.


Senah: Seronok betul la ceramah Ustaz Hashim tadi.

Joyah: Betul. Ustaz ni memang best. Dah banyak dah ceramah saya pergi kat semua tempat, tapi ustaz ni la yang paling best.

Senah: Dah tua-tua ni kan, kena la kita selalu dgr2 ceramah ugama ni. Bukan macam jiran belakang rumah aku tu, berjalan sana sini kalah org muda. Eh Joyah, kamu kenai tak anak Pak Mat yang dok KL tu?

Joyah: Kenai! yang macam tak malu siket tu. yang seksi tu. tak pakai tudung dah skrg tu?

Senah: Haaaaa.. yang tu lah! Tau tak dia dah kawen dgn laki orang? Bini no 3!!!!

Joyah: Ye keee Cik Senah oi??? kenape jadi macamtu?????????


------------


kadang-kadang,

kita cuba untuk menjadi manusia yang lebih baik.
dan kita rasa kita sudah bertambah baik.

tapi kita kadang-kadang lupa,

adakah kita mempunyai lidah seorang manusia yg baik?


p/s: watak Ustaz Hashim , Pak Mat dan makcik2 semua adalah rekaan. Cerita yang diolah adalah benar sedikit, cuma ditokok tambah secara berleluasa.


Friday, October 1, 2010

hati seorang perempuan


hati seorang perempuan tu sangat lembut tau tak? kadang-kadang nampak je macam kasar di luar, tapi dalamnye alahai lembuutttt ajeeee.. (mai singgah, kepok leko cakoi, lembbuutttt ajee.. hehe.. ingat tak???.. pasar malam kat taman maju dlu?? tapi tak lembut pon kan kepok leko tu.. keras kedekiang!)

oleh itu para lelaki, selamilah hati seorang perempuan itu dengan penuh kelembutan. tapi janganlah lembut sangat macam pondan tu. tak kuase mak! auuuwww!


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


cerita baru..

hari ni birthday adik saya.. adik bongsu..
adik yang paling manja, yang paling gedik, yang paling pengemas sbb bilik dia tak ada setitik habuk pon (kagum sikit), yang paling kurus, dan yang paling mirip wajah saya. hehe~


HAPPY 11th BIRTHDAY, SITI HUSNA!!! (mudanya!)



care to pose like a model?


Monday, September 13, 2010

face it!


the longer i live, the more i realise that everything happens for a reason. no matter how bad the situation is, there must be at least a single reason that lies behind it.

as a human, you don't run from the challenge. escaping will bring you nowhere.

we face it!

and that will take you to a higher state. a better person. stronger than ever.

Thursday, September 2, 2010

aku mahu kamu


aku tahu,
aku sangat perlu kamu
bukan kerna rindu semalam
tapi untuk dunia mendatang
bahagia aku bahagia dia

hai kamu,
apa ditunggu lagi
rapatkanlah jurang pemisah ini
binasakan tembok penghalang itu
bahagia dia, bahagia mereka

kamu tahu,
aku hanya mahu satu
bukan dua jauh sekali tiga
sebuah Panggilan cuma

boleh kan sayang?
mudah sahaja.


*puisi untuk menyeru P, sebuah keajaiban barangkali. jom teman aku buat almond london!

Thursday, August 26, 2010

ini untuk KAU


siapa kau untuk hina dia
siapa kau untuk hukum mereka
siapa angkat kau untuk rasa diri sebaik dewa

jangan alpa wahai si manusia
kau juga pasti ada cela

walau apa jua perilaku kau
ketahuilah seperkara ini,
kau dan aku dan mereka
seluruhnya hamba Dia

segenap kita di pelantar yang sama
mungkin penerbangannya berbeda
tapi destinasi serupa belaka


*jangan jadi seperti KAU

Saturday, August 21, 2010

colliding words 3




The best way to cheer yourself up is to try to cheer somebody else up.

~Mark Twain


Tuesday, August 3, 2010

who cares



should it be this way???

or that way???



i don't wanna know.

Sunday, August 1, 2010

sarang burung





tadi saya tengok Discovery Channel. ada kisah macam mana burung nak buat sarang dia. ya Allah, bukan main susah. mula-mula kena kumpulkan daun dan rumput banyak-banyak, pastu anyam guna mulut pulak. berhari-hari atau berminggu-minggu baru boleh siapkan 1 sarang burung. memang penat. tapi si burung ni tak kesah, biar dia bersusah payah demi telur-telur tersayang. biar anak-anak yg bakal ditetaskan ada tempat berlindung. biar ada pelindung untuk menyimpan haba di malam yang sejuk.

TAPI. apa manusia buat???

manusia yang berakal ni curi sarang burung tu. lepas tu jual kat orang ramai, untuk cantikkan lanskap kat rumah. aduh, kejamnya manusia. cuba bayangkan, kalau si burung terbang cari makanan untuk anak-anak, tapi bila balik ke sarang, sarang hilang?????

oleh itu kawan-kawan, tak payah la nak beli sarang-sarang burung ni semua. banyak lagi barang hiasan untuk decoratekan lanskap anda tu. tapi kalau dah terbeli nak buat macam mana kan.


Tuesday, July 20, 2010

penawar kencing manis


amaran keras di sini. sila jangan bosan bila baca tajuk di atas. jangan!!!
bab-bab kesihatan ni memang tak best kalau nak cerita.
tapi kalau dah sakit teruk nanti, lagi tak best kan? betul tak?


so, korang ada kencing manis tak?

atuk dan nenek?

parents korang?

jiran kiri kanan sebelah rumah?

kawan-kawan mak ayah?

ibu dan bapa saudara?

bekas parent mertua?

pakcik ex-girlfriend?

sapa-sapa je la yg korang tau..

ada tak??



so, kalau ada. lawatilah blog ini. (tuan punya blog comel)
mak dia dah cuba, alhamdulillah berkesan.
pesan saya, jangan berkira jika mahu berubat.
anda bagaimana?



ok tak aku promosi? hehe. sekadar membantu. hargailah kesihatan bersama =)


Saturday, July 10, 2010

angan-angan cik yah







Mengapa aku berangan.
mungkin sebab kewangan.
mungkin sebab kebosanan di kala percutian.
atau mungkin sebab penciptaan sebuah pengharapan.


tidak salah untuk berangan.
tidak mengapa jika pasang angan-angan.
bukan berangan untuk menerima pinangan.
tapi angan-angan yang membuka pandangan.


angan-angan membuka dimensi khayalan.
boleh membuat aku tersenyum dalam keletihan.
bisa mengaburi segala ejekan dan tohmahan.
mampu juga menjadi aset kebanggaan.


adakah angan-angan ku bisa jadi kenyataan.
dan membuatku kelu tanpa perkataan?
kita serahkan pada masa depan.
hanya Dia yang menentukan.




hasil coretan cik yah yang suka berangan.
peace!hihi~