Monday, May 24, 2010

sahabat

sekarang, saya dalam mode sedih. hepi. sayu. seronok. nervous. dan sedikit pilu. semua bercampur baur. maklumlah kan, dah nak abes belajar. lame sebenarnya kami mengorak langkah, mencoret 1001 memori di bumi Tronoh ini. 5 tahun bukannya sekejap. tapi, yang paling saya xkan lupa dan paling saya banyak belajar ialah perihal SAHABAT. huuu~

macam mana kita nak definisikan sahabat? let me share a lil bit with u the meaning of true friendship based on my experience. my own experience. hehe.

sahabat sebenar ialah mereka yang:

  • sentiasa ikhlas menumpangkan kita pergi ke kelas, exam, berjalan-jalan, atau shoping di K.R Rahmath kerana sememangnya saya tiada transport
  • dengan rela hatinya meminjamkan duit di kala skoler masuk lambat dan duit dalam bank dah jadi -ve
  • boleh membuatkan kita tersenyum dan gelak walaupun sebenarnya masalah besar dan kesedihan sedang bersarang dalam hati
  • boleh ajar benda2 yg kita xpaham especially time study subjek2 yg killer
  • membenarkan kita mggunakan laptopnya kerana laptop kita yg bermasalah dan selalu hang. betul, laptop saya memang lembab. naseb baik da nak abes blaja
  • tegar mengejutkan subuh kerana diri ini secara normalitinya susah nak bangun awal
  • bermurah hati membenarkan kita menggunakan printernya untuk printkan report2 yg sangat banyak itu
  • sanggup tapaukan makanan dan milo ais tatkala kita malas nak keluar makan
  • sudi meminjamkan krim jerawat walaupun 1 pon xberguna (eh, da macam lutfi plak. haha~)
  • sudi menyediakan tempat tinggal jikalau kita travel ke tempat yg jauh dimana dia ada saudara mara di situ
  • rela signkan kita attendance jikalau malas pergi ke klas
  • masih sudi ajak kita berkaraoke walaupun dah tahu suara ini bukanlah sedap pon
  • sudi berkongsi nail clipper sebabnya nail clipper saya dah lama ilang, 4 tahun yg lalu
  • sudi pinjamkan tudung if kita xde tudung yg cantik nak match ngn baju
  • boleh bagi good views kalau ada dilema time shopping
  • boleh bagi marahan dan teguran kalau kita wat silap, bukan tunjukan emosi yg berleluasa ok.
  • sanggup dengar rintihan dan luahan hati kita bila kita ada problem(s)
  • mampu memberi nasihat yg membina
  • faham kita dan paling penting....
  • respect kita


so.. itulah koleksi sahabat-sahabat saya. terima kasih di atas segala sumbangan anda. tanpa anda mungkin saya sunyi. kosong. dan kurang mampu untuk survive dalam dunia kejuruteraan yg penuh pancaroba ini.



THANK YOU for being my true friends and always being there for me whenever i'm in need. love u 5.1~


dear friends.
aku xakan lupa time korg celebrate birthday aku for the 1st time. besdey aku yg ke 18. ada yg berbasah naik moto beli kek, yg bersungguh2 berlakon teman aku ke irc. dan semua yg berusaha nak wat surprise utk aku pada mlm tu. thank u sgt2. my 1st birthday celebration in UTP. =)

No comments:

Post a Comment