Tuesday, June 22, 2010

ada kimia


hai malaysia!



saya masih di sini lagi. ok, saya tahu, saya mempunyai masa lapang yang sangat banyak di rumah. sebab itu lah asyik update blog jer. so, korang layankan je lah si penanam anggur ni eh. (hati seorang penganggur tu sgt sensitip tau tak? biaselah, org yang tak ade duit ni, mudah merendah diri, cepat terasa, byk masa nak mengarut. sobs) sila fahami diri ini dan terimalah saya seadanya... =)


merujuk kepada tajuk di atas, kita sedang membicarakan soal kimia yer kawan-kawan. tiba-tiba, dalam kesuraman dan kesunyian malam (tipu, rumah saya tak sunyi sangat pun, masih dgr suara abah dan suara pengulas world cup kat astro supersport), otak saya sangat teringat-ingat akan cikgu kimia kat sekolah dulu. cikgu paling glamour kot kat SMK SULTAN BADLISHAH. sape tak kenal cikgu tan ley chan. kalau nampak semua orang kena berdiri dalam kelas dia, kira normal la tu. kalau semua org duduk dan senyum je, itu bukan kelas dia. mungkin cikgu lain la tu yg mengajar.


dua tahun kami merana. ya, saya sangat merana sebab saya memang tak suka kimia. dengar perkataan kimia je dah rasa nak migrain. urrggghhhh! (time form 5 tu dah doa dah, mintak cikgu lain pulak ganti, tapi doa yg tak elok ni mmg tak termakbul). tapi time form 4 dia lagi garang. sangat garang. cuak kot dlm kelas tu. sumpah kalau kasik RM 500 pon tak nak masuk dah kelas dia.


cikgu TLC: mana buku?
kami: erk, lupa bawak.
cikgu TLC: kenapa tak bawak?? bagi nenek baca ka kat rumah?? berdiri! (dengan nada nya yg tersendiri dan saya mampu tiru gayanya sejibik sejibun)

-----------------

cikgu TLC: jawab soalan no. 4
kami: ....... (tunduk kepala, semua tak tau)
cikgu TLC: mengapa tak tauuuu.. ini akalll sahaja... berdiri! (muka masam)

akal= common sense

-----------------

cikgu TLC: kenapa acid bersifat begitu?
kami: ........ (tunduk kepala, tak tahu jugak)
cikgu TLC: ini sudah ajar pon lupaaa.. otak dipenuhi apa? otak dipenuhi rumput ka?? berdiri!

-----------------


segan gile kot kadang2 kalau asek kena berdiri. segan kalau ada cowok2 ganteng kelas lain lalu lalang kat tepi kelas kami. malu tau gadis-gadis ini kena berdiri tak reti jawab. (jatuh saham aku) bila fikir balik, walaupun dia paling garang, tapi dialah cikgu yg paling kita ingat. aduiyai, tapi, sebelum SPM, sempat la mintak2 maaf ngan dia. sebab kami sedar, banyak tercakap psl dia. maafkan kami cikgu. terima kasih sbb cikgu pnah puji graf saya cantik dan smooth katenye. hihi~ saya memang power lukis graf.

walaupun saya tak suka sangat kimia tu, tak pernah score A time ujian, tak pernah jwb dgn tepat bila cikgu tanya, harapkan tau lukis graf je, tapi tapi tapi, saya ada seprais untuk cikgu. TING!!!!





ni saya hadiahkan untuk cikgu tan ley chan. terasa sweet pulak. hihi~ *malu-malu kucing*. baru saya sedar, rupanya saya ada kimia dengan subjek kimia. thank you teacher!


No comments:

Post a Comment