Tuesday, August 31, 2010

adui 3!


mencari seluar baru untuk abah comel yang cerewet....


abah comel: seluaq hitam ni besaq lah, nak yang kecik sket..

amoi cumil: itu paling kecilll, seluar yang warna lain pon dah tak ade saiz 37 maaa..

abah comel: ooo, ok.. seluar colour lain ada tak saiz 37????

-_-''


abah comel: apa cutting seluaq ni, macam besaq ja kat kaki ni.

amoi cumil: oh ini straight cut lohh.

abah comel: ooo.. syarikat. syarikat yang hantaq seluaq cmni?

amoi cumil: bukan, STRAIGHT CUT! sambil ketawa cumil.

-_-''


erm.. penyabar jugak la amoi cumil tuh..


Monday, August 30, 2010

5 hengget!!!!


pernahkah anda mengalami situasi sebegini:

1. wardrobe anda penuh dengan baju. lagi 2 inchi nak melimpah ke luar. tapi bila nak keluar somewhere, termenung depan almari tu 30 minit. "tak de baju la nak pakai, semua pon da bosan". huh. perempuan sgt!

2. SHOPPING IS YOUR FOOD. tapi dlm poket ade 5 ringgit. tu pon bukan sehelai, ada 5 keping RM1. (betapa nak tunjuk macam sengkek.heh~) tapi still nak beli baju baru. ya, kamu memang tidak sedar diri wahai makhluk bernyawa.

pernah kan.. cakap lah pernah!



oleh itu, lawatilah ke kedai bundle berdekatan. saya dah cuba tadi dan ternyata berkesan. my 1st time. besttttt!!!!!!! semurah 5 ringgit for sweet2 pieces, vintage pun ade. betul.

mr bundle has really made my day.!!!


rasa nak senyum sampai lusa!

=)



Saturday, August 28, 2010

H U M A I R A H


i'm stuffed. i ate a lot today. a lottt!! i gained more than 5 kilos in just one night.. yeahhhhhhhhh!!!! can you imagine how happy am i???? at last.. great job omay, greatest achievement so far!! LIHATLAH DUNIA!!!! huhu. but it's just too good to be true honey.rupanya penimbang i yang rosak. harapan palsu!! T_T


berpijaklah di bumi nyata,
berdirilah di atas penimbang yang tidak berdusta



*****************


again, another series of the name's obsession. believe me, you should be grateful to have 4 vocals in a name. SERIOUSLY! let's try with the name that i love the most, my love at all times, ehm ehem, HUMAIRAH:


harimau
ramai
hari
ruam
mari
raih
riuh
ruah
marah
murah
harum
rumah
haru
hama
amah
mara
haram
mahu
rai
ira
ria
air
uri
arah
aura
rima
rumi
irama
ramai
ramah
maha
maruah
rim
aruh
hirau
imarah
muara
aur


wowww!!! about 38 malay words. amazing! any word left to make it 40???

Thursday, August 26, 2010

ini untuk KAU


siapa kau untuk hina dia
siapa kau untuk hukum mereka
siapa angkat kau untuk rasa diri sebaik dewa

jangan alpa wahai si manusia
kau juga pasti ada cela

walau apa jua perilaku kau
ketahuilah seperkara ini,
kau dan aku dan mereka
seluruhnya hamba Dia

segenap kita di pelantar yang sama
mungkin penerbangannya berbeda
tapi destinasi serupa belaka


*jangan jadi seperti KAU

Wednesday, August 25, 2010

sexy can i?


remember barbara mori? the hottest heroin for the high-rated Mexican telenovela, Ruby, on TV3 few years back???? her most recent work is in Kites with costar Hrithik Roshan. am I too late to notice that she is very look alike to the sexiest woman alive, Megan Fox?


who is who?





ok, still can be differentiated at certain angles.
barbara is curvier and prettier in her way, but megan is still the hottest. ye ke?



i leave you with a hot question here: does megan fox ever close her mouth??


Tuesday, August 24, 2010

150 juta


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta? Apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"
"Aku lagi kenal dia..."


Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"Tapi sayang tahan kalau salah yang saya"
"Sayang mungkin saja keras kepala"
"Tapi sayang manja bila kita berdua"
"Saya kenal sayang saya..."


Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua...

=)


Monday, August 23, 2010

kelahiran bayi gebu


peringatan bersama: cerita ini diolah mengikut pemahaman yang mudah




tak lebih dan tak kurang, kira-kira 15 tahun yang lalu, mak saya mengandung. perut dia besar dan lebar. bila dah cukup time, mak dikejarkan ke hospital kulim yang baru dibina, besar, cantik berseri. after dah settle down semua kat hospital, abah saya pon sempat la jugak pergi kenduri kahwin. (dan bini nak beranak boleh lagi pergi kenduri kawen? tak paham sedikit di situ. huhu~) dah kat hospital tu, doktor pon check2 la mak dan condition baby. tiba-tiba.......

erm, baby puan ni jantung dia SANGAT LEMAH. kami tak boleh nak buat. kita kena hantar puan ke hospital sungai petani.

neves gila mak saya time tu weh. tuhan saja yang tahu. mak pon calling abah yang sedang sedap makan di rumah kenduri. dan dengan perut yang kenyang beserta jiwa yang lemah, abah pon muntah kembali segala nasik kenduri yang ditelan tadi akibat mendengar berita tersebut. (obvious tak yang abah saya ni type yang makan kuat, tapi lemah semangat?)

maka mak pon dikejarkan ke hospital sungai petani. hospital yang buruk, tak cantik, kecil dan tak berseri. naik ambulance tau. ne-no ne-no ne-no. lagilah cemas mak saya dengan bunyi siren tu. suami pulak tak ade kat sisi, anak pulak jantung lemah. haiihhh~ dan sampai situ, mereka pon check kembali condition mak dan pihak hospital terkejut!!!!!!!

eh, anak puan ni ok je. normal. jantung baby pon sihat. so, tak ada problem. puan boleh bersalin normal..

ALHAMDULILLAAAHHHHH. hospital kulim silap check lah tu. cett! naseb baik tak kaya, kalau tak, saman dah. pada waktu malam, weeeeeekkkkkkkkkkkkk!!! ok, baby yang gebu bermata besar pon lahir. baby ke-3 dlm family. sumpah comel. macam DORA THE EXPLORER!


HARI INI, 23 OGOS 2010..


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-15 SITI HAJAR!!!!
semuga kekal gebu!



pengajaran: kalau isteri nak bersalin, tak perlu makan kenduri lagi yer kawan-kawan. please take note! =)

Saturday, August 21, 2010

colliding words 3




The best way to cheer yourself up is to try to cheer somebody else up.

~Mark Twain


Friday, August 20, 2010

peraduan hitam putih


Seperti biasa, kalau benda-benda yang tidak berkaitan dengan pelajaran, non-technical stuffs ni semua kan, memang la saya suka.

tak perlu orang paksa, masuk saja dengan penuh rela.
terima kasih
maria, sebab mengetag saya.

oooppss.. terlebih sudah. bukan contest buat pantun yer omay. hehe. baiklah. apa tunggu lagi, mari join contest ramai-ramai. BLACK AND WHITE CONTEST. hihi~




it's black


it's white


it's black and white




ok, saya tahu, tak de lah style sgt pon gambar ni. tapi saya suka jugak. sebab setiap org macam ada feel yang berbeza. sorg bajet model, sorg maintain macho, sorg buat gaya kuih jemput2 dan yg last tu macam konfius. yang paling kiri tu saya ya encik penganjur. hehe. gambar ini juga dianggap special sebab..... Mr Boyfriend yang tangkapkan.. =)

dengan ini, saya tag
Mar!!!!



p/s: kepada pihak penganjur, kalau tak menang pon, hadiah saguhati harus ada tau! hehe~

Tuesday, August 17, 2010

i love my name

Assalamualaikum..

how are you everybody??. and how's puasa treating you lately?? hopefully, everything goes well for all of us..

i'm sharing something interesting here, an appropriate-directly-proportional post to this month of Ramadhan. to all husbands and husbands-to-be out there, check this out!


Akhlak Budi Pekerti Rasulullah SAW Terhadap Isteri - Isterinya


1) "Hai Humairah"(Perempuan berpipi merah) panggilan mesra Rasulullah terhadap Aisyah

2) Makan bersama - sama dan bergurau senda

3) Makan 1 pinggan bersama pasangan

4) Saling jilat/sisip jari pasangan

5) Suap - menyuap ketika makan

6) Minum 1 gelas bersama pasangan

7) Tidur 1 selimut

8) Tidur atas ribaan isteri

9) Mandi sama - sama sambil gosok - menggosok pasangan

10) Sikat rambut isteri

11) Tolong memasak ketika di rumah

12) Memberi hadiah kepada isteri

13) Sentiasa puji kecantikan isteri

14) Beritahu isteri ke mana hendak pergi dan bila akan balik


Romantik kan Rasulullah. suka sangat sangat sangat point no 1. hihi~

(patutlah saya suka sangat warna MERAH jambu and i have rosy cheeks as well, but mine are rosy pimple cheeks. boleh la tu kan? =p)

Friday, August 13, 2010

coretan siti hajar


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
mentang-mentang bulan puasa, baru teringat nak bagi salam? hehe.

sebagai kakak yang mithali, kurus dan berwibawa, saya dengan gigihnya membuat spot check ke bilik adik-adik. nak tengoklah, sama ada depa ni tdoq ka, stady ka, dok bermessage ka kan. dan JENG JENG JENGGG. seorang tengah buat homework sambil try kasut raya dan seorang lagi tengah menilik tahap kegebuan muka di cermin. ok, tidak mengapa!

sebagai kak yang mithali, kurus dan berwibawa juga, tanpa segan silu, saya tertarik akan kertas yang ditampal di softboard mereka. dan saya tahu, itu pasti kepunyaan siti hajar, si penilik muka di cermin itu. kertas tu saya rasa mungkin hasil ceramah motivasi pmr kat skolah dia kot. sangat menarik. saya susah payah scan tanpa belas kasihan, khas untuk tatapan anda semua tau. bagus tak saya?? hehe. silakan enjoy the pictures~


ciri calon suami pon ada? eh, sama taste la kita. hihi~


ni mungkin senarai jasa-jasa ibu kot.
amaran kepada anda, siti hajar memang tidak berseni langsung. harap maklum.
esok: konfem, kena buat kelas intensif bahasa untuk dia. harus!!!



hehe. good luck for your pmr, my dearest siti hajar~
(jikalau anda mengenali suspek, jangan bagitau dia saya scan dan post benda ni ok. kerjasama anda amatlah dihargai)
sekian.


Tuesday, August 10, 2010

happy ramadhan!


i'm kind of excited as i will treasure this whole month with my lovely family. and the best part is, there will always be good food waiting for me for the sahur (no more maggi mee and roti like the good old days) . hehe. but still, i really miss those moments with my dearests.


with that,



Happy Ramadhan from me and him. =)
comel kan kitorang??



Monday, August 9, 2010

5 sebab saya tidak bersukan!



"kau ni makan kuat, tapi kurus je. kau ni atlit eh???"

haha. ada orang pernah cakap camni dekat saya. gila! haha. tapi atlit apa nye, lari semput, tangkap bola pon tak reti. huhu. berbalik kepada tajuk di atas, jadi mengapa miss omay tidak suka bersukan????


1. sebab saya dilahirkan dengan bakat-tidak-bersukan. betul. adik-adik saya semua pernah bawak balik medal untuk pertandingan lumba lari ni semua. saya je tak. hanya mampu bawak balik sijil jadi ketua darjah je. kesian ko omay.

2. kerana saya ni kan ayu-ayu manja gitu. tak sesuai jer bersukan peluh-peluh lari-lari lompat-lompat ni. nanti bedak i cair, tudung i senget <---- ok, rasa nak muntah dengan statement ni. huh.

3. erm. mungkin sebab saya sudah tidak ada lemak untuk dibakarkan?? ya, logik di situ.

4. sebabnya, dr mahathir kata tak perlu bersukan untuk awet muda. haaaaaa. tengok. Dr M pon tak bersukan, so tak payah la kita bersukan kan? hehe. tak sangka pulak. saya sependapat dengan beliau. hihi. kalau nak tips awet muda beliau, klik sini.

5. actually, the main reason for not involving in sports is because saya tak mahu jadi macam ini.



my god! nanti balik rumah mak tak kenal. nanti mulalah abah mintak tolong saya angkat peti ais, ubah perabot semua. aduh, nanti terlebih tough daripada Mr Boyfriend. oh tidak! nanti dia down plak kan. lebih baik jangan. hehe~




ceh, alasan jer semua nih. ngaku jer la kau tu memang tak fit omay oi!

Saturday, August 7, 2010

kalau dah jodoh ♥


seketika dulu
mataku terpaku hatiku tertawan
dengan wajahmu yang manis tinggi menawan
mungkinkah ini cinta yang ku cari sejak berzaman?


seketika itu
kau yang kupuja telah ku tinggalkan
maafkan aku kerana perpisahan
kerana ku rasakan kita tidak sepadan
mungkin aku terlalu bodoh pada waktu berkenaan


seketika ini
aku pulang ke pangkuan dirimu
rupanya kau masih setia menanti diriku
kini aku telah berjaya memilikimu
ku simpan kau erat di lubuk almariku
oh wedges merah kesayanganku





p/s: kalau dah jodoh, tak ke mana.. ingat tu.. =)


Thursday, August 5, 2010

the same story


after nearly 2 years without seeing each other... and then the conversation begins...


nor: myrah boleh drive tak??

me: erm, dah lama kot tak drive. ada lesen ja, tapi simpan.

nor: haha! sama!

me: abes tu macam mana kita nak meronggeng jauh-jauh ni. hahahaha~

nor: tu la, isk. motor pon tak reti bawak ni.

me: motor tu memang la. lagi penakut kot nak bawak. sama la kita!

nor: tau tak pa. tapi dulu pernah amik lesen motor sat. tapi sampai L ja. tak mau dah sambung. takut!

me: ya allah! nor! sama la kita!!! lesen motor kami pon takat L. pastu tak mau jugak sambung.hahahaha!!!

nor: haha. lepas tu orang yang ajar motor tu suruh test bawak motor kat luar litar ja.

me: sama!!!!!!!!!!!



oh my god! is this what they called similar characteristics in best friends???
(or better said, similar bad quality?? hehe~)
even we are apart, with different paths taken plus all the globalisations,
but we still share the same unique story.. wierdo! =)


p/s: nor is my best friend in school. bukan norizan ali. hehe. the conclusion is, best friend i pasti akan ada yg bernama nor! tak kira di mana saya berada.

Tuesday, August 3, 2010

who cares



should it be this way???

or that way???



i don't wanna know.

Sunday, August 1, 2010

sarang burung





tadi saya tengok Discovery Channel. ada kisah macam mana burung nak buat sarang dia. ya Allah, bukan main susah. mula-mula kena kumpulkan daun dan rumput banyak-banyak, pastu anyam guna mulut pulak. berhari-hari atau berminggu-minggu baru boleh siapkan 1 sarang burung. memang penat. tapi si burung ni tak kesah, biar dia bersusah payah demi telur-telur tersayang. biar anak-anak yg bakal ditetaskan ada tempat berlindung. biar ada pelindung untuk menyimpan haba di malam yang sejuk.

TAPI. apa manusia buat???

manusia yang berakal ni curi sarang burung tu. lepas tu jual kat orang ramai, untuk cantikkan lanskap kat rumah. aduh, kejamnya manusia. cuba bayangkan, kalau si burung terbang cari makanan untuk anak-anak, tapi bila balik ke sarang, sarang hilang?????

oleh itu kawan-kawan, tak payah la nak beli sarang-sarang burung ni semua. banyak lagi barang hiasan untuk decoratekan lanskap anda tu. tapi kalau dah terbeli nak buat macam mana kan.