Sunday, July 11, 2010

kahwin dan kanak-kanak



Tadi ada wedding my cousin kat bukit mertajam. so, dlm 2-3 hari sebelum ni saya agak busy la dengan preparations. cewah! tapi memang betul pon. ada la jugak sedikit sebanyak usaha dan tenaga yang berjaya disumbangkan. sedikit pon ok la daripada tak buat ape-ape? kan?
tapi saya malas la nak heboh-heboh kat 1 dunia segala apa yang berlaku. tak perlu kot. sebab wedding orang melayu ni sama je la adat dan aturcaranya kat mana-mana pun.

cuma nya, anda semua perasan tak? kalau ada wedding, kanak-kanak la orang yang paling bahagia. happy lebih daripada pengantin. eh tak mungkin. pengantin mesti la paling happy. =) hehe~ hiperbola pulak saya tiba-tiba. punya la nak menggambarkan betapi syoknya budak-budak kalau ada wedding-wedding ni kan.

tahu tak kenapa mereka seronok?



  • sebab boleh menunjukkan bakat seni dan kerajinan hasil pembelajaran kemahiran hidup. 'tak main lah setakat tolong isi cekelat, ni ha bakul kertas ni pon aku boleh syelek tau!', kata kanak-kanak. kalau hari-hari biasa, sah-sah mak tak kasik main dengan syelek ni semua. tak pat jep!


  • bila menjelang hari berbahagia, kanak-kanak pon boleh bergaya dan bergumbira. bilik pengantin sasaran utama makhluk-makhluk ni. 'gebunya carpet baru bilik pengantin ni', kata kanak-kanak. tengok tu, sebelum pengantin rasmi, mereka dah rasmikan dulu. memang syok. saya pon jeles, sebab tak boleh buat macam tu.


  • tak cukup dengan carpet gebu, muka pon mesti nak kasi gebu. perlu la top up bedak yang dah nipis tu. 'eh, pipi saya dah gebu', kata kanak-kanak. ya, kanak-kanak memang comel, tapi bunga kat sebelah tu lagi sweet. memang pandai lah orang yang menggubahnya. hehe. terimakasih. masuk bakul angkat sendiri. tak apa, saya ringan je, senang angkat.



  • sambil menggebukan muka di cermin dan menyikat rambut yang kerinting, rupanya member belakang pon tengah sibuk jadi make-up artist. tengok cara dia pegang kepala budak pakai tudung tu, memang mantap! macam nak main boling~ 'seronoknya, bilik pengantin ni macam bilik kami yang punya. hahaha', kata kanak-kanak.


itulah kisah kahwin dan kanak-kanak. tak ceria majlis kahwin kalau tak ada spesies-spesies ini. dan kepada pengantin, selamat pengantin baru diucapkan. kepada ahli baru keluarga kami, selamat datang kak leha! (wah, klasik tak nama? hehe~)




ini lah kak leha. saje upload sebab dia comel sangat.
(suka hati je saya panggil dia kak. entah-entah sama umur. tak sempat tanya umur la plak tadi)




penat oh penat sungguh ini hari. rasa macam nak pergi spa~

No comments:

Post a Comment