tulus dengan fadilah,
azam dengan bakti,
bersih cekap amanah,
kukuhkan cogan kata...
(sedutan daripada lagu S.K. St. Anne's Convent, Kulim)
Hehe. ok. introducing my girlfriends of 6 Jaya, Convent Kulim.
miss shuhada and miss shikin. and not forgetting miss shuhada's sister, miss ela.
dah bertahun tau tak jumpa. selama ni asyik usha muka they all kat facebook ja.
semalam baru la dapat face-to-face secara life.
terima kasih kepada Giant kerana menyediakan tempat untuk kami berboling.
(kenapalah ada 1 je shopping complex. kulim tu besar dan membangun gila kot. taman perumahan beratus-ratus. tak cukuplah Giant ni seketul je. kepada pihak-pihak terbabit, sila take note. ya, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. bukankah begitu?)
naseb ler komer. muka korang semua saya sumbatkan dalam satu picture. haha. boleh la tu. tapi saya geram la, ada satu girl ni datang sound-sound saya sebab tak pakai stoking. dah la time tu dah game last da kot, paksa jugak suruh orang beli stoking nipis melayang tu. naseb baik 2 ringgit ja. serius time tu rasa macam kena sound dengan pengawas sekolah yang poyo dan juga macam diserbu oleh pak guard gula-gula. lepas dia sound tu terus semua bola masuk longkang. kosentrasi terganggu di situ nampaknya.
tengok tu. saya menang. wah! YRAH =110 points! (M tak boleh tekan, so jadi YRAH je la. pon boleh.) walaupun gambar blur dan tak nampak sehabuk pon, but still perlu ditunjukkan di sini sebagai bahan bukti. kesungguhan sangat. tapi ni untuk 1st game, 2nd game saya kalah teruk da. mungkin sebab terlalu riak tadi. huhu. tapi tapi, 3rd game saya menang balik tau. hehe~ bak kata Mr Boyfriend, "power power. hang memang power (sambil menepuk tangan)". haha~ macam-macam la kamu.
oleh itu, saya menghadiahkan diri saya sebiji kek yang berharga RM 9.99. yeayyy, murah dan sedap! tahniah Omay kerana menang 2 game, dan kerana telah officially graduated. =)
baju convo bila nak beli?